"Along, nenek da tak bergerak! nenek da nazak!" Angah bgtau mlm tu. Kami sekeluarga bergegas ke rumah nenek yang hanya 5 minit dari rumah kami. Betol! nenek da tak bergerak, muka pucat, terkulai layu. Kami panik! Ada yang membaca yasin termasuk la saya. Pakcik call ambulan. Selang 15 minit paramedik sampai dan segera melakukan tugas. Alhamdulillah nenek kembali stabil. Terus dibawa ke hospital unit ICU.
Kini, genap 5 hari nenek berada di hospital. Wad 7B Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sakit Apa? Nenek sakit tua. Ape tu sakit tua? Ntah la.. Orang lain saya tak sure, tapi nenek saya ni punca utamanya tak nak makan. Susah nak suruh makan. Takda selera katanya. Nenek taknak makan sampai ke tahap takda tenaga langsung untuk bergerak dan paling teruk sekali tak larat nak......... buka mata!!
Nenek kerap pengsan bila tahap glocose terlalu rendah. So ape yang kami buat ialah kami bergilir2 menjaga nenek 24 jam. Tak boley tinggal walaupun seminit dua. Start semalam nenek terpaksa dimasukkan tiub ke hidung untuk memudahkan kami salurkan makanan. Kini masih dalam tempoh percubaan lagi. Doktor hanya benarkan kami beri minum susu dan air kosong sahaja buat masa ni......
Sebab-sebab lain? Ya, dia memang ada diabetes dan baru je disahkan ada darah tinggi. Sebelum ini doktor di hospital swasta pernah meramalkan yang nenek akan kene multiple strok dan jangka hayatnye cume beberapa bulan sahaja... tapi ape-ape pun saya masih percaya ajal maut ditentukan oleh tuhan (tak boley guna ayat "ditangan tuhan" sebab saya tak tau tuhan tu bertangan ke tidak hehehe....).
Cepat sembuh ye nenek. Saya benar-benar berharap semoga nenek cepat sembuh dan semoga ramalan doktor itu tidak benar. Amin Ya Rabbal Alamin....
Love,
Azee Akma
wow azee dah ada blog..hehe sekian
BalasPadamye.. saya da ada blog hehe..
BalasPadam