Isnin, 6 Disember 2010

SaLaM MaaL HiJRaH...


Esok, 7 Disember 2010. Apa ada dengan esok? Esok bermulanya 1 Muharram 1432 mengikut calendar Islam. Apabila sampainya bulan Muharram, bermakna masuk la tahun baru bagi umat Islam. So, marila kita sama2 membaca doa akhir tahun dan awal tahun sebagai menyambut kedatangan tahun baru.

Disini saya post kan cara-cara untuk doa akhir tahun dan awal tahun.

1) Doa akhir tahun perlu dibaca sebanyak 3 kali di akhir waktu asar, dan sebelum masuknya waktu maghrib. Sebaik-baiknye beberapa minit sebelum azan maghrib.

2) Bacaan doa akhir tahun seperti berikut :




Makna nya : 

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

3) Selepas solat maghrib, bermulanya 1 Muharram, perlu la di baca doa awal tahun sebanyak  3 kali. Doa awal tahun adalah seperti berikut :-

Maknanya:-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Marila kita sama-sama berdoa agar amalan kita semakin  bertambah dan keimanan kita semakin menebal dari tahun ke tahun. Amin...

Selamat Tahun Baru kepada semua umat Islam di seluruh dunia!!

Regards,
Azee Akma

Rabu, 24 November 2010

Cepat sembuh ye nenek..

"Along, nenek da tak bergerak! nenek da nazak!" Angah bgtau mlm tu. Kami sekeluarga bergegas ke rumah nenek yang hanya 5 minit dari rumah kami. Betol! nenek da tak bergerak, muka pucat, terkulai layu. Kami panik! Ada yang membaca yasin termasuk la saya. Pakcik call ambulan. Selang 15 minit paramedik sampai dan segera melakukan tugas. Alhamdulillah nenek kembali stabil. Terus dibawa ke hospital unit ICU.

Kini, genap 5 hari nenek berada di hospital. Wad 7B Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sakit Apa? Nenek sakit tua. Ape tu sakit tua? Ntah la.. Orang lain saya tak sure, tapi nenek saya ni punca utamanya tak nak makan. Susah nak suruh makan. Takda selera katanya. Nenek taknak makan sampai ke tahap takda tenaga langsung untuk bergerak dan paling teruk sekali tak larat nak.........  buka mata!!

Nenek kerap pengsan bila tahap glocose terlalu rendah. So ape yang kami buat ialah kami bergilir2 menjaga nenek 24 jam. Tak boley tinggal walaupun seminit dua. Start semalam nenek terpaksa dimasukkan tiub ke hidung untuk memudahkan kami salurkan makanan. Kini masih dalam tempoh percubaan lagi. Doktor hanya benarkan kami beri minum susu dan air kosong sahaja buat masa ni......

Sebab-sebab lain? Ya, dia memang ada diabetes dan baru je disahkan ada darah tinggi. Sebelum ini doktor di hospital swasta pernah meramalkan yang nenek akan kene multiple strok dan jangka hayatnye cume beberapa bulan sahaja... tapi ape-ape pun saya masih percaya ajal maut ditentukan oleh tuhan (tak boley guna ayat "ditangan tuhan" sebab saya tak tau tuhan tu bertangan ke tidak hehehe....).

Cepat sembuh ye nenek. Saya benar-benar berharap semoga nenek cepat sembuh dan semoga ramalan doktor itu tidak benar. Amin Ya Rabbal Alamin....


Love,
Azee Akma

Khamis, 18 November 2010

Di sini segalanye bermula....

Assalamualaikum...

Sudah sekian lama saya bercita-cita nak mempunyai blog dan akhirnye terlaksana sudah cita-cita saya lalalala.. menyanyi dengan girang.

Yeah!! Sejak zaman dulu kala lagi saya menyimpan hasrat nak create blog sendiri. Jeles melihat kengkawan yang mempunyai blog. Blog adalah medan untuk bertukar2 cerita, berkongsi knowledge, hobi atau business contact bagi yang business minded.. kenapa saya rasa mcm tulis karangan PMR pulak ni... haish! takpe-takpe, ini hanya permulaan saja, saya akan improve lg sebab saya baru belajar ber'blog' hehe..

Okey, sila la tunggu posting yang seterusnye ;)

with love..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...