Salam semua...
Saya terpanggil untuk berkongsi cerita berkisah sebiji tembikai. Hanya dari kisah sebiji tembikai ini, saya insaf dengan kelalaian saya yang kadang2 marah tanpa berfikir terlebih dahulu. Emosi bertindak dahulu sebelum akal. So tak payah la saya membebel lebih panjang. Jom layan cerita seterusnye...
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalahn engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Waalahu'Alam.
Salam dari saya,
Azee Akma
Jumaat, 4 Februari 2011
Ahad, 16 Januari 2011
KU ADA KAMU...
Suasana mendung sejak semalam... sejuk terasa sejak subuh td. Hati pulak sedang sentimental seperti awan yang mendung di langit. uish! macam bahasa novel pulak.... kebetulan baru je abes baca satu novel minggu lepas... emosi terbawak2 pulak... Sambil sedang melayan lagu2 jiwang yang tangkap leleh di corong radio...
Cakap pasal lagu, entry kali ni saya nak selitkan pasal lagu yang saya sangat kemaruk lately ni... semuanya gara2 AJL baru2 ni... Tolak tepilah siapa pemenangnye (frust punya pasal)...Sejak tengok AJL ke 25 hari tu baru saya perasan akan lirik lagu ni... bila dihayati betol2 liriknya, saya terus teringatkan seseorang...
Seseorang yang selama ini banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Seseorang yang telah menjadi sumber inspirasi saya... Seseorang yang banyak memberi motivasi kepada saya disaat saya terleka (dalam ertikata lain membebel la). Seseorang yang sabar mengajar dan menegur seandainya saya tersilap percaturan. Menggalakkan saya untuk memberi pendapat sendiri dan membina keyakinan diri.... Ucapan terima kasih yang tidak terhingga sepatotnya saya ucapkan padanya. Saya teramat rindu padanya...
Saya tujukan lagu ni khas buat dia..... EN. SUAMI. Jangan jeles!!
JOM LAYAN!!!!
LAGU KU ADA KAMU – ADIRA
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Isnin, 6 Disember 2010
SaLaM MaaL HiJRaH...
Esok, 7 Disember 2010. Apa ada dengan esok? Esok bermulanya 1 Muharram 1432 mengikut calendar Islam. Apabila sampainya bulan Muharram, bermakna masuk la tahun baru bagi umat Islam. So, marila kita sama2 membaca doa akhir tahun dan awal tahun sebagai menyambut kedatangan tahun baru.
Disini saya post kan cara-cara untuk doa akhir tahun dan awal tahun.
1) Doa akhir tahun perlu dibaca sebanyak 3 kali di akhir waktu asar, dan sebelum masuknya waktu maghrib. Sebaik-baiknye beberapa minit sebelum azan maghrib.
2) Bacaan doa akhir tahun seperti berikut :
Makna nya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
3) Selepas solat maghrib, bermulanya 1 Muharram, perlu la di baca doa awal tahun sebanyak 3 kali. Doa awal tahun adalah seperti berikut :-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Marila kita sama-sama berdoa agar amalan kita semakin bertambah dan keimanan kita semakin menebal dari tahun ke tahun. Amin...
Selamat Tahun Baru kepada semua umat Islam di seluruh dunia!!
Regards,
Azee Akma
Langgan:
Catatan (Atom)


