Selasa, 7 Jun 2011

Our very 1st anniversarry

Actually my 1st anniversarry not much to tell as husband and i have to postpone our anniversarry celebration from 28th may 2011 to 2nd june 2011. why? so many reasons...

husband start cuti from 27th may until 6th june. the main reason dia balik sebab nak attend wedding kakak dia. the nikah ceremony is on 27th may 5pm. the next day will be the reception day and also OUR 1st ANNIVERSARRY (tulis besar-besar sebab frust punye pasal). majlis bertandang is a week after. pada mulanya saya frust jugak bila kakak dia pilih tarikh tu untuk kawen. yelah, 1st anniversarry kan.. so of coz la konon-kononnye nak buat special celebration. tp nak buat macam mane, terpaksa la lupekan hasrat kami tu.. sedey memang la sedey.. sebab sejarah takkan boley diulang.

So malam anniversarry tu kami bz mengemas rumah (pengantin lelaki boley pulak cabot balik hotel dia malam tu..GERAM!!) dan tertido keletihan. tragik kan??

Esok paginye (saya half day pagi tu), hubby tetiba decide nak spend a nite at any hotel. kebetulan Jumaat, 3rd June saya memang ada antenatal check up appointment dekat prince court. So, we decide nak stay at any hotel in KL. tp problemnye, waktu tu musim cuti sekolah. so most of the hotel da fully book. after making calls untuk beberapa hotel yang ada, akhirnye Darby Park ada kosong dan plg penting affordable. Aci redah je la.. better than nothing. harapan dalam hati nak la duk kat hotel Maya ke... Berjaya Time Square ke.. Marriott ke... (cerita nak best je kan...) tp takda rezeki..

So ape activity kami? biasa je... shopping, dinner kat restoran ikan bakar yang mahal giler nak mamposs.. boley pulak 2 ekor sotong boley kene 40 hengget??? tp taknak spoil mood, so redha je la dengan qada' dan qadar.. next kami pusing2 KL sampai da tak larat da nak bukak mata, and end up balik hotel tido. The next morning, after breakfast, kami gi KLCC naik train. actually KLCC tu depan mata je tp saje gatal nak naik train jugak (konon2 da lama tak naik public transport hehe..) lepas pusing2 Suria, kami balik ikot taman KLCC terus balik hotel. Kan da cakap, tak jauh pun.. 10 minit jek..  after sembahyang jumaat (seb baik masjid KLCC dekat), kitorg terus gi prince court untuk check up appointment.

Balik tu, kami singgah makan kat sunway pyramid. Hubby belanja bubba shrimp. pun mahal nak mampos!! makan 2 org boley cecah 120 hengget..  baik makan buffet kat marriott lagi puas hati..

Dan yang paling terharu, hubby janji nak hadiahkan gelang yang pernah hilang dulu. gelang ape?? nak tau??
jeng.. jeng.. jeng... GELANG NIKAH!!! saya da terhilangkan "gelang nikah batal air sembayang dulu"... sob.. sob.. sob.. cemane boley hilang? saya rasa tercicir kat fitting room JUSCO bukit raja time tgh cari baju mengandung bulan lepas.. sedey toksah cerita la.. terkesan sampai hari ni.. gelang nikah tu!!.. sape yang tak sedey..

So, itu saja cerite untuk entry kali ni setelah lama tak update... terkenang pulak gelang nikah tu.. sob.. sob.. sob..

Wait for my next entry..

Salam dari saya,
Azee Akma

Jumaat, 4 Februari 2011

Kisah Sebiji Tembikai...

Salam semua...

Saya terpanggil untuk berkongsi cerita berkisah sebiji tembikai. Hanya dari kisah sebiji tembikai ini, saya insaf dengan kelalaian saya yang kadang2 marah tanpa berfikir terlebih dahulu. Emosi bertindak dahulu sebelum akal. So tak payah la saya membebel lebih panjang. Jom layan cerita seterusnye...


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalahn engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Waalahu'Alam.

Salam dari saya,
Azee Akma

Ahad, 16 Januari 2011

KU ADA KAMU...

Suasana mendung sejak semalam... sejuk terasa sejak subuh td. Hati pulak sedang sentimental seperti awan yang mendung di langit. uish! macam bahasa novel pulak.... kebetulan baru je abes baca satu novel minggu lepas... emosi terbawak2 pulak... Sambil sedang melayan lagu2 jiwang yang tangkap leleh di corong radio...

Cakap pasal lagu, entry kali ni saya nak selitkan pasal lagu yang saya sangat kemaruk lately ni... semuanya gara2 AJL baru2 ni... Tolak tepilah siapa pemenangnye (frust punya pasal)...Sejak tengok AJL ke 25 hari tu baru saya perasan akan lirik lagu ni... bila dihayati betol2 liriknya, saya terus teringatkan seseorang...

Seseorang yang selama ini banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Seseorang yang telah menjadi sumber inspirasi saya... Seseorang yang banyak memberi motivasi kepada saya disaat saya terleka (dalam ertikata lain membebel la). Seseorang yang sabar mengajar dan menegur seandainya saya tersilap percaturan. Menggalakkan saya untuk memberi pendapat sendiri dan membina keyakinan diri.... Ucapan terima kasih yang tidak terhingga sepatotnya saya ucapkan padanya. Saya teramat rindu padanya...

Saya tujukan lagu ni khas buat dia..... EN. SUAMI. Jangan jeles!!


JOM LAYAN!!!!


LAGU KU ADA KAMU – ADIRA

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Isnin, 6 Disember 2010

SaLaM MaaL HiJRaH...


Esok, 7 Disember 2010. Apa ada dengan esok? Esok bermulanya 1 Muharram 1432 mengikut calendar Islam. Apabila sampainya bulan Muharram, bermakna masuk la tahun baru bagi umat Islam. So, marila kita sama2 membaca doa akhir tahun dan awal tahun sebagai menyambut kedatangan tahun baru.

Disini saya post kan cara-cara untuk doa akhir tahun dan awal tahun.

1) Doa akhir tahun perlu dibaca sebanyak 3 kali di akhir waktu asar, dan sebelum masuknya waktu maghrib. Sebaik-baiknye beberapa minit sebelum azan maghrib.

2) Bacaan doa akhir tahun seperti berikut :




Makna nya : 

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

3) Selepas solat maghrib, bermulanya 1 Muharram, perlu la di baca doa awal tahun sebanyak  3 kali. Doa awal tahun adalah seperti berikut :-

Maknanya:-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Marila kita sama-sama berdoa agar amalan kita semakin  bertambah dan keimanan kita semakin menebal dari tahun ke tahun. Amin...

Selamat Tahun Baru kepada semua umat Islam di seluruh dunia!!

Regards,
Azee Akma

Rabu, 24 November 2010

Cepat sembuh ye nenek..

"Along, nenek da tak bergerak! nenek da nazak!" Angah bgtau mlm tu. Kami sekeluarga bergegas ke rumah nenek yang hanya 5 minit dari rumah kami. Betol! nenek da tak bergerak, muka pucat, terkulai layu. Kami panik! Ada yang membaca yasin termasuk la saya. Pakcik call ambulan. Selang 15 minit paramedik sampai dan segera melakukan tugas. Alhamdulillah nenek kembali stabil. Terus dibawa ke hospital unit ICU.

Kini, genap 5 hari nenek berada di hospital. Wad 7B Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sakit Apa? Nenek sakit tua. Ape tu sakit tua? Ntah la.. Orang lain saya tak sure, tapi nenek saya ni punca utamanya tak nak makan. Susah nak suruh makan. Takda selera katanya. Nenek taknak makan sampai ke tahap takda tenaga langsung untuk bergerak dan paling teruk sekali tak larat nak.........  buka mata!!

Nenek kerap pengsan bila tahap glocose terlalu rendah. So ape yang kami buat ialah kami bergilir2 menjaga nenek 24 jam. Tak boley tinggal walaupun seminit dua. Start semalam nenek terpaksa dimasukkan tiub ke hidung untuk memudahkan kami salurkan makanan. Kini masih dalam tempoh percubaan lagi. Doktor hanya benarkan kami beri minum susu dan air kosong sahaja buat masa ni......

Sebab-sebab lain? Ya, dia memang ada diabetes dan baru je disahkan ada darah tinggi. Sebelum ini doktor di hospital swasta pernah meramalkan yang nenek akan kene multiple strok dan jangka hayatnye cume beberapa bulan sahaja... tapi ape-ape pun saya masih percaya ajal maut ditentukan oleh tuhan (tak boley guna ayat "ditangan tuhan" sebab saya tak tau tuhan tu bertangan ke tidak hehehe....).

Cepat sembuh ye nenek. Saya benar-benar berharap semoga nenek cepat sembuh dan semoga ramalan doktor itu tidak benar. Amin Ya Rabbal Alamin....


Love,
Azee Akma

Khamis, 18 November 2010

Di sini segalanye bermula....

Assalamualaikum...

Sudah sekian lama saya bercita-cita nak mempunyai blog dan akhirnye terlaksana sudah cita-cita saya lalalala.. menyanyi dengan girang.

Yeah!! Sejak zaman dulu kala lagi saya menyimpan hasrat nak create blog sendiri. Jeles melihat kengkawan yang mempunyai blog. Blog adalah medan untuk bertukar2 cerita, berkongsi knowledge, hobi atau business contact bagi yang business minded.. kenapa saya rasa mcm tulis karangan PMR pulak ni... haish! takpe-takpe, ini hanya permulaan saja, saya akan improve lg sebab saya baru belajar ber'blog' hehe..

Okey, sila la tunggu posting yang seterusnye ;)

with love..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...